PERTUBUHAN Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura ingin menawarkan ruang pejabatnya di Jalan Damai bagi kegunaan badan khidmat sosial setempat yang berupaya menawarkan bantuan kepada masyarakat berbilang bangsa.
Presiden badan itu, Haji Abdul Halim Kader, membayangkan pejabat itu akan digunakan untuk menawarkan khidmat sosial seperti kaunseling oleh badan Melayu/Islam dan juga badan bukan Melayu/Islam.