Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Team Nila sumbang lebih 1 juta jam bantu masyarakat dan sukan

Mar 05, 2022 | 03:58 PM



Pasukan sukarelawan Sukan Singapura, Team Nila, telah menyumbang sebanyak 1.05 juta jam dalam kegiatan sukarela di akhir tahun lalu, menurut kenyataannya pada Sabtu (5 Mac). 



Ini selepas peluang menyumbang tenaga diluaskan untuk menjangkau aktiviti sukan, terutama bagi dua tahun lalu semasa pandemik apabila kegiatan sukan dibataskan. 



Bagi mengiktiraf sumbangan para sukarelawan, lebih 100 anugerah emas dan perak disampaikan kepada mereka yang masing-masing menyumbang lebih 360 jam dan 180 jam secara sukarela dalam satu majlis ulang tahun Team Nila ketujuh, pada Sabtu (5 Mac). 



Antara mereka ialah 29 penerima Anugerah Emas, pertambahan lima kali ganda berbanding lima penerima tahun lalu. 



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong yang menyampaikan anugerah dalam majlis itu berkata, usaha sukarelawan Team Nila  menunjukkan bagaimana sukan boleh menjadi kuasa  positif dan membolehkan sebuah negara menjadi sihat, gembira dan tahan lasak. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >