Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teksi MaxiCab akan kenakan surjac jika penumpang lebih 4 orang

May 04, 2016 | 09:10 AM



COMFORTDELGRO akan menyertai pengendali teksi lain dan mengenakan surcaj apabila terdapat lebih empat penumpang dalam teksi limosinnya.



Mulai Isnin ini (9 Mei), teksi tujuh tempat duduk MaxiCab ComfortDelGro akan mengenakan bayaran tambahan $3 seorang bagi penumpang kelima, keenam dan ketujuh.



Bayaran itu, bagaimanapun, tidak akan dikenakan bagi perkhidmatan pemindahan kadar rata, umum ComfortDelGro dalam iklan di bahagian Classified akhbar The Straits Times pada Jumaat lalu.



Perkhidmatan pemindahan kadar rata termasuk tempahan untuk pergi ke lapangan terbang pada tambang $55, sebagai contoh.



ComfortDelGro, yang dilaporkan mempunyai hampir 160 MaxiCab, tidak menyatakan sebab ia memutuskan mengenakan surcaj itu, tetapi sumber berkata majoriti pemandunya telah menandatangani petisyen meminta diadakan surcaj bagi menampung sewa harian tinggi yang lebih $160.



Surcaj bagi penumpang tambahan telah pun dikenakan pengendali teksi seperti Premier, Prime dan SMRT.



SMRT mengenakan surcaj $2 bagi setiap penumpang melebihi empat orang dewasa bagi teksi tujuh tempat duduk Ssangyong dan Londonnya.



Premier mengenakan surcaj $2 setiap penumpang bagi teksi tujuh tempat duduk SilverLuxnya, sementara Prime, yang mempunyai beberapa model teksi MPV (kenderaan pelbagai guna), mengenakan surcaj rata $9 setiap perjalanan, selagi terdapat lebih empat penumpang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >