Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempah 3 bengkel penulisan bersama pakar

Aug 10, 2016 | 04:34 PM



INGIN menjadi seorang penulis?



Peluang anda kini terbuka untuk menimba ilmu dan pengalaman berharga dari penulis mapan dan berjaya.



Berita Harian (BH) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) mengundang anda untuk menghadiri satu siri bengkel yang dibimbing para penulis luar negara untuk mereka yang bercita-cita menjadi seorang penulis.



Siri bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada program Mencari Kristal, yang bertujuan untuk membangunkan bakat penulis kreatif Melayu di Singapura dengan mencungkil bakat serta memberi bimbingan kepada penulis kreatif berkenaan amalan dan gaya terbaik dalam bidang penulisan.



Kini tempahan dibuka untuk orang ramai menyertai tiga bengkel yang dikendalikan penulis skrip dari Indonesia Cik Henovia Rosalinda Caniago, penulis biografi dari Indonesia Cik Alberthiene Endah Kusumawardhani dan penerbit dari Malaysia Encik Amir Muhammad.



Cik Henovia akan membincangkan cara untuk membentuk karya 'thriller cinta', membangun watak dan jalan cerita, dan menghidupkan karya dari naskhah ke filem.



Cik Alberthiene pula akan menyentuh tentang resipi utama karya 'thriller' dan cara terbaik untuk menyampaikan maksud dalam cerita dan antara daya kreatif dan kebenaran dalam karya.



Sebagai seorang penerbit pula, Encik Amir akan membincangkan cara-cara untuk menarik perhatian penerbit dalam pemasaran karya.



Bayaran $55 dikenakan bagi setiap bengkel, namun kini promosi istimewa ditawarkan bagi pakej 3 hari yang merangkumi ketiga-tiga bengkel itu dengan berharga $88.



Mereka yang berminat boleh mendapatkan butiran lanjut dan mendaftar untuk bengkel-bengkel itu di www.beritaharian.sg/mencari-kristal/bengkel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >