Tempoh 5 jam menunggu untuk beri penghormatan terakhir

SEHINGGA 3 petang tadi, masa menunggu untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew di Bangunan Parlimen adalah sekitat lima jam.

Jawatankuasa Penganjur Pengebumian Negara menyatakan, orang ramai, terutamanya warga tua, wanita mengandung dan ibu bapa dengan anak kecil "benar-benar dinasihatkan" untuk tidak menyertai barisan yang beratur di Padang sekarang ini.

Mereka dinasihatkan untuk mengunjungi salah satu daripada 18 pusat masyarakat kendalian Persatuan Rakyat di serata negara.

Menurut pihak penganjur, orang ramai juga boleh menonton siaran langsung acara penghormatan di Bangunan Parlimen di www.rememberingleekuanyew.sg.

Barisan untuk orang ramai beratur mula dibuka semula pada 6.15 pagi tadi, selepas ditutup selama lapan jam atas sebab keselamatan.

Menjelang 12 tengah hari tadi, sejumlah 371,784 orang telah memberikan penghormatan terakhir mereka kepada mantan perdana menteri, dengan ada diantaranya menunggu sehingga 10 jam.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.