Tempoh khidmat bas dan tren dilanjut jelang tahun baru

TEMPOH perkhidmatan bas dan tren SBS Transit akan dilanjutkan sehari sebelum tahun baru pada 31 Disember ini.

Pada sebelah malam, 21 perkhidmatan bas akan mengambil laluan berbeza ekoran acara tahun baru yang diadakan di Boon Lay dan Marina Bay.

Perkhidmatan bas dan tren laluan North East dan Downtown pula akan dilanjutkan dua setengah jam sehari sebelum tahun baru.

Di laluan North East, tren terakhir menuju ke HarbourFront akan berlepas dari Stesen Punggol pada 1.45 pagi. Perkhidmatan bagi sistem LRT Punggol dan Sengkang akan juga dilanjutkan sejajar dengan ketibaan tren terakhir daripada laluan North East.

Di laluan Downtown pula, tren terakhir menuju ke Bugis akan meninggalkan Stesen Chinatown pada 2.04 pagi. Sehubungan dengan lanjutan perkhidmatan tren, 32 perkhidmatan bas juga akan dilanjutkan manakala enam perkhidmatan bas Nite Owl akan beroperasi hingga 4 pagi.

Untuk maklumat lanjut, lungsuri http://www.sbstransit.com.sg/.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 50
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.