Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempoh lebih lama bazar Geylang Serai untuk tahun ini

Jan 26, 2023 | 04:24 PM



TEMPOH bazar di Geylang Serai pada tahun ini akan berlangsung sehingga 36 hari – tempoh paling lama acara utama sempena Ramadan yang pernah dianjurkan.


Bakal berlangsung mulai 17 Mac hingga 21 April ini, pelawat boleh mengunjungi sehingga 700 gerai runcit serta makanan dan minuman (F&B) di acara anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) itu.


Satu konsortium terdiri daripada syarikat S-Lite Event Support Pte Ltd bersama Enniche Global Trading dan TLK Trade Fairs & Events telah dianugerahkan tender untuk menguruskan dua tapak Bazaar Raya Geylang Serai pada tahun ini.


Tahun ini dua konsep berbeza telah diperkenalkan bagi kededua tapak penganjuran bazar tersebut.


Tapak pertama yang dianggar merangkumi kira-kira 500 gerai terletak dalam kawasan WGS, sementara baki 200 gerai di tapak kedua terletak di sepanjang Geylang Road bermula dari Pasar Geylang Serai sehingga ke kawasan bersebelahan Tanjong Katong Complex.


Semasa satu sidang bagi membentangkan pelan bazar itu kepada media pada Khamis,(26 Jan) Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata bazar ini merupakan sesuatu yang dinantikan semua masyarakat setiap tahun.


“Mereka datang kerana pengalaman budaya dan suasana perayaan yang dapat dirasakan sepanjang tempoh itu.

“Dan mereka datang atas pelbagai sebab, maka ia dianggap unik dan disambut dalam berbilang budaya dan kaum di Singapura. 


“Tempoh bazar berlangsung tahun ini adalah yang paling lama – 36 hari berbanding 33 hingga 34 hari sebelum ini,” katanya.


Ini katanya dapat memberi peluang kepada orang ramai melalui pengalaman di bazar dengan lebih lama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >