Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempoh tunggu lebih pendek bagi flat BTO tidak lama lagi: Wong

Oct 10, 2016 | 07:53 AM



PASANGAN muda tidak lama lagi dapat pindah ke rumah baru mereka lebih cepat, kerana Pemerintah sedang berusaha memendekkan tempoh menunggu bagi flat awam.



Apabila dilaksana, langkah itu dapat melihat tempoh menunggu bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) kurang kepada dua hingga tiga tahun, daripada tiga hingga empat tahun sekarang, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.



Beliau berkata demikian kepada akhbar The Straits Times dan Lianhe Zaobao minggu lepas, dalam temu bual pertamanya sejak mengambil alih portfolio itu setahun lalu.



Merujuk kepada pasangan muda yang membeli flat kali pertama, Encik Wong berkata: "Kami ingin melihat bagaimana kami boleh membantu mereka tinggal dan mendapat flat mereka lebih cepat."



Beliau berkata sesetengah pasangan yang amat memerlukan flat sendiri kini memilih perumahan sementara atau flat baki yang tidak terjual semasa pelancaran sebelumnya. Flat baki lebih hampir siap tetapi tertakluk pada pengundian juga.



"Permintaan bagi flat sentiasa ada, sebab itu flat baki sentiasa lebih popular... Orang mahu pindah masuk secepat mungkin," katanya.



Penantian lebih pendek akan dicapai dengan mempercepat pembinaan daripada pelancaran BTO. Tetapi ini tidak dapat dilakukan bagi keseluruhan perumahan, kata Encik Wong. "Ia mustahil kerana anda tidak boleh membina semua flat dalam tempoh sesingkat itu."



Berbuat demikian membawa risiko terlalu banyak bekalan daripada permintaan dan membuat bekalan flat berlebihan, katanya.



Tempoh menunggu perlu dipendekkan sebanyak satu hingga dua tahun agar lebih bermakna, kata Encik Wong.



"Akan ada pelbagai flat BTO dengan tempoh menunggu berbeza... jadi orang boleh pilih," ujar beliau sambil menambah ini bermakna lebih banyak pilihan bagi lebih ramai pembeli rumah.



Encik Wong berkata tempoh menunggu lebih pendek ini akan dilaksana secepat mungkin, tetapi menambah bahawa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) masih perlu menyiapkan butirannya.



"Berapa banyak unit dengan lebih tepat yang kami boleh tawarkan, apakah langkah-langkah yang perlu kami ambil untuk memajukan proses pembinaan - ini sesuatu yang kami sedang lihat."



Encik Wong berkata beliau tidak menjangka harga flat naik disebabkan tempoh menunggu lebih singkat, sambil menambah bahawa harga lebih bergantung pada "lokasi tertentu".



Tempoh menunggu lebih pendek bagi flat BTO salah satu daripada tiga bidang yang kementerian beliau harap untuk beri tumpuan pada masa depan.



Yang kedua melibatkan memudahkan warga emas memanfaatkan nilai flat mereka bagi persaraan.



Ketiga ialah melancarkan Skim Perumahan Start Fresh mulai pelancaran BTO pada Februari. Ia akan membantu keluarga dengan anak-anak kecil yang tinggal di flat sewa awam membeli rumah lagi.



Encik Wong turut menyentuh mengenai isu-isu perumahan lain dalam temu bual itu.



Beliau berkata langkah-langkah penyejukan pasaran hartanah, yang menjejas permintaan bagi rumah dan membuat harga turun, masih diperlukan untuk membuat pasaran stabil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >