Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tender projek IT pemerintah tahun ini capai jumlah rekod $2.82b

IDA
May 23, 2016 | 11:28 AM



KEPERLUAN mendapatkan banyak sistem bagi menjadi hos data warga dan rangkaian sensor bagi projek-projek negara pintar membuat belanjawan tektologi maklumat (IT) tahun ini mencapai rekod baru $2.82 bilion.



Barangan besar tahun kewangan ini termasuk tender pukal bagi perkhidmatan keselamatan IT, perkhidmatan pusat data dan perluasan liputan Wi-Fi ke lebih banyak kawasan di sekolah pemerintah bagi menyokong pembelajaran pintar.



Pelaksanaan projek-projek itu akan mengambil masa tiga hingga lima tahun.



Belanjawan tahun ini melebihi jumlah nilai kontrak yang dianugerahkan tahun lalu, $2.69 bilion, yang lebih separuh daripadanya diberi kepada syarikat kecil dan sederhana.



Tahun kewangan pemerintah bermula pada April.



Pengarah Urusan Penguasa Pembangunan Infokom Singapura (IDA), Cik Jacqueline Poh, berkata dalam satu taklimat bersama industri infokom pada pagi Isnin (23 Mei): "Pelaburan dalam infrastruktur perlu supaya perkhidmatan berpusat penduduk yang inovatif boleh dibangunkan dan dipertingkat pada asas kukuh."



Tender tahun ini akan termasuk daripada Kementerian Kesihatan bagi rombakan sistem pengurusan wabak penyakit dan pusat data baru.



Yang pertama ialah bagi pemantauan lebih baik dan respons lebih cepat terhadap wabak penyakit, yang akan bernilai lebih $5 juta.



Tender bagi pusat data baru itu pula dianggar bernilai lebih $50 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >