Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tengok bunga api dari Pororo Park, tonton wayang percuma

Jul 24, 2023 | 04:30 PM



Ingin luangkan masa bersama anak-anak tetapi tidak tahu kegiatan yang boleh dilakukan? Berikut antara idea dan kegiatan menarik yang boleh dinikmati seisi keluarga.

BERSERONOK DI PORORO PARK

Jika anda tidak berpeluang mendapatkan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 9 Ogos ini, mungkin anda boleh ke Pororo Park Singapore untuk nikmati aktiviti khas sempena sambutan tersebut.

Taman tema di pusat beli-belah Marina Square akan memberi peluang orang ramai menonton persembahan bunga api dari ruang yang disediakan khas.

Sementara menantikan segmen kegemaran masing-masing dalam perbarisan tersebut yang akan disiarkan secara langsung di skrin besar, anak-anak anda boleh ‘menghabiskan’ tenaga di kawasan permainan di situ dan juga menaiki kereta api Pororo Express di taman tema itu.

Tentu sekali, penguin bernama Pororo dan teman-temannya akan berada di sana untuk sesi bergambar bersama.

Aktiviti tersebut bermula dari 6 petang hingga 9 malam dan diperuntukkan bagi 200 pengunjung.

Tiket berharga sekitar $65 bagi seorang dewasa dan kanak-kanak berusia setahun hingga 12 tahun dan $118 bagi dua orang dewasa dan dua kanak-kanak.

Tiket tambahan bagi dewasa berharga $25.

Dapatkan maklumat lanjut di www.pororoparksg.com/ndp2023.

PELAJARI CARA ‘GAMING’ DENGAN SELAMAT

Kanak-kanak boleh menjadi ‘ketagih’ apabila bermain permainan dalam talian.

Malah bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa juga boleh ketagih!

Ini memandangkan permainan dalam talian menyediakan ruang untuk ‘lari’ daripada realiti, membolehkan si pemain melupakan tanggungjawab seperti kerja rumah dan sekolah.

Namun, apa yang perlu dilakukan jika terlalu banyak bermain permainan dalam talian?

Anda berpeluang teroka topik ini dengan anak-anak, terutama sekali jika mereka berusia tujuh hingga 10 tahun, dalam bengkel percuma di Perpustakaan Daerah Jurong setiap Sabtu dari 3.30-5 petang.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif global syarikat sofwe Eset yang dinamakan Safer Kids Online.


Bengkel Singapura dikendalikan presiden Eset kawasan Asia Pasifik dan Jepun, Encik Parvinder Walia, dan dianjurkan bersama oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Lungsuri go.gov.sg/eset29july untuk maklumat lanjut.

TONTON FILEM DI PANGGUNG WAYANG ARTSCIENCE

Tonton filem Disney secara percuma di Panggung Wayang ArtScience di Marina Bay Sands.

Dari Selasa hingga Ahad, filem Moana (2016) akan disiarkan, mengisahkan tentang gadis yang belayar ke sana sini bagi tujuan membantu orang kampung.


Ia memaparkan bintang popular Dwayne Johnson – lebih dikenali sebagai The Rock– sebagai suara watak Maui dalam filem itu.

Menurutnya, Disney kini sedang menghasilkan versi ‘live-action’ bagi filem tersebut... jadi inilah masa terbaik untuk menonton filem itu!

Selain itu, filem lain termasuk Raya And The Last Dragon (2021) akan disiarkan hingga Sabtu, selain filem The Jungle Book (2016) hingga Ogos.


Panggung Wayang ArtScience juga bakal menganjurkan tayangan perdana Singapura bagi filem Penguin Highway (2018), filem anime berdasarkan buku oleh penulis tersohor, Tomihiko Morim.


Tiket ke tayangan perdana tersebut boleh didapatkan pada $12 seorang.

Anggota ArtScience Friends dan Sands LifeStyle boleh menikmati harga istimewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >