Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera Singapura merangsang ekonomi Queensland

May 16, 2016 | 11:15 AM



SYDNEY: Negeri kedua terbesar di Australia, Queensland, telah menyaksikan kemakmurannya berkurang dan pekerjaan kering sejak pertumbuhan besar perlombongan negeri itu pudar.



Bagaimanapun, masa depannya cerah semula dengan pengumuman pakatan strategik Singapura dan Australia, yang akan menyaksikan kemasukan 14,000 askar Singapura setiap tahun dan pelaburan bernilai kira-kira A$2.25 bilion ($2.24 bilion).



Perjanjian selama 25 tahun itu akan memberi tentera Singapura akses untuk berlatih hingga 18 minggu setahun - berbanding enam minggu sekarang - dan meningkatkan jumlah askar daripada 6,000 hingga 18,000.



Singapura bersetuju membiayai pengembangan dan peningkatan kemudahan latihan berhampiran bandar Townsville dan di Shoalwater Bay, tempat latihan luas berusia 51 tahun berdekatan bandar Rockhampton.



Singapura berlatih di kawasan itu sejak 1990 tetapi akan mengembangkan kawasan latihan kepada kira-kira 10 kali lebih besar daripada Republik itu.



Rancangan baru itu dilihat sebagai satu peluang yang dialu-alukan bagi rantau tersebut maju di luar era perlombongannya.



Presiden Dewan Perniagaan Capricornia tempatan, Encik Encik Peter Fraser, berkata perjanjian itu datang sedang kawasan tersebut menghadapi masa depan suram.



"Daerah kami dilanda mendadak oleh kelembapan perlombongan," katanya kepada akhbar The Straits Times.



"Kemarau juga telah menghancurkan industri daging lembu kami. Dengan tiba-tiba ini datang - ia satu manfaat besar," katanya.



Pemerintah Australia berkata rancangan tersebut meliputi perbelanjaan kira-kira A$1 bilion bagi setiap satu daripada kawasan latihan Townsville dan Shoalwater Bay, termasuk membina zon latihan dan pertempuran peluru hidup baru dan menaik taraf jalan raya, lapangan terbang dan kemudahan lain.



Australia akan dibenarkan menggunakan kemudahan yang dinaik taraf itu apabila ia tidak digunakan oleh Singapura.



Tentera Singapura dijadualkan berlatih di Queensland dua kali setahun - daripada sekali setahun sekarang - dari Februari hingga Mei dan Ogos hingga November.



"Kami mempunyai banyak restoran dan kedai runcit yang mendapatkan manfaat besar. Ada peluang sangat besar untuk ini berkembang lebih besar, iaitu warga Singapura datang dan diharap menghabiskan masa dan membawa keluarga mereka menghabiskan masa di sini - dan diharap berbelanja di sini," kata Encik Fraser.



Townsville Enterprise, yang bermatlamat menarik pelaburan ke rantau itu, berkata pengumuman itu dialu-alukan selepas turun naik dalam sektor perlombongan dan kehilangan baru-baru ini kira-kira 550 pekerjaan di sebuah kilang penapisan nikel bermasalah di kawasan yang dimiliki Encik Clive Palmer, seorang ahli perniagaan yang juga Anggota Parlimen (AP).



"Bandar ini kini fokus untuk melupakan kejadian Palmer itu dan berharap untuk bekerja dengan (Kementerian) Pertahanan bagi memastikan peluang ini berjaya dan perkongsian panjang terjalin antara dua negara ini," kata pengerusi Townsville Enterprise, Encik Kevin Gill, kepada akhbar The Australian.



Perkongsian Strategik Menyeluruh Singapura-Australia itu, yang diumum pada 6 Mei, juga datang pada masa berfaedah bagi parti pemerintah Australia. Pengumuman itu dibuat dua hari sebelum Perdana Menteri Malcolm Turnbull mengumumkan pilihan raya akan diadakan bagi 2 Julai, menimbulkan spekulasi masanya sengaja ditetapkan untuk menaikkan undi di kerusi yang persaingannya dijangka sengit.



Mengisytiharkan manfaat perjanjian itu, AP Capricornia, Cik Michelle Landry, berkata Singapura sekarang membelanjakan A$35 juta setahun bagi latihan di kawasan itu, tetapi perjanjian baru tersebut adalah "rangsangan sekali dalam seumur hidup (daripada) sebuah negara asing".



Bagaimanapun, AP Rockhampton, Encik Bill Byrne, lebih berhati-hati dan memberi amaran bahawa pengembangan kemudahan latihan Shoalwater Bay berpotensi menimbulkan risiko alam sekitar.



Namun, Cik Landry berkata perjanjian itu akan memastikan kawasan tersebut kekal "bersih dan terpelihara" dan sembarang kerosakan atau kekotoran akan diperbetul dengan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >