Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teo Lay Lim dilantik CEO baru SPH Media Trust

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



SPH Media Trust (SMT) mengumumkan pelantikan Cik Teo Lay Lim sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) SPH Media Group mulai 1 Mac ini.



Cik Teo, Pengerusi Accenture Singapura sehingga 31 Ogos tahun lalu, akan mengambil alih daripada Encik Patrick Daniel yang memegang jawatan CEO sementara SMT.



Sebelum mengambil alih jawatan di SPH Media Group, Cik Teo memegang pelbagai peranan kepimpinan selama tiga dekad beliau bersama Accenture Singapura.



Beliau seorang pemimpin perniagaan berpengalaman yang mempunyai rekod prestasi membina perniagaan dari bawah ke atas.



Cik Teo turut menubuhkan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Accenture pada 2000, Accenture Analytics dan Perkhidmatan Kelestarian Pembangunan Mapan Accenture pada 2008, ketika ia masih merupakan sektor yang sedang berkembang pesat.



Beliau juga berkhidmat selama dua tahun di Shanghai bagi membangunkan amalan sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) untuk China.



Cik Teo ialah Ketua Eksekutif Accenture Asia Tenggara dari 2011 hingga 2020.



Pengerusi SMT, Encik Khaw Boon Wan, berkata Cik Teo serba berpengalaman dalam hal pertumbuhan komersial dan mempunyai kecenderungan membangun dan mengubah pekerja dan pertubuhan bagi jangka panjang.



Beliau turut meluahkan kata penghargaan bagi Encik Daniel.



"Beliau telah memimpin penstrukturan semula perniagaan media SPH di bawah struktur ekonomi tidak mengambil untung dan membolehkan bilik berita merancang perubahan digital yang lebih berani," ujar Encik Khaw.



"Cik Teo membawa bersamanya banyak pengalaman dan mempunyai kecenderungan untuk mewujudkan peluang untuk pertumbuhan komersial.



"Yang paling penting, beliau mempunyai semangat membina dan mengubah organisasi untuk jangka panjang.



"SPH Media Group akan berpandangan ke hadapan untuk bekerjasama dengan rapat dengan Cik Teo mengatur strategi untuk menekankan visi dan misi menghasilkan hasil kewartawanan berkualiti yang dipercayai," tambah Encik Khaw.



Bagi Cik Teo, beliau berasa amat berbesar hati dilantik sebagai CEO dan diberi peluang untuk mengetuai SPH Media Group.



"Sambil kita berusaha untuk mengikut rentak dengan landskap media yang sangat dinamik, saya akan bekerjasama rapat bersama rakan sekerja saya di dalam perjalanan transformasi untuk mencipta produk yang dipercayai orang ramai," katanya.



Encik Daniel, yang keluar dari persaraan untuk menyandang jawatan sebagai CEO sementara sejak 2021, akan mengundur diri.



"Saya berasa gembira untuk menyerahkan peranan ini kepada Cik Teo.



"Saya mempunyai sepenuh keyakinan bahawa di bawah kepimpinan beliau, SPH Media Group akan berjaya dalam misinya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >