KUMPULAN pengganas seperti ISIS bijak menggunakan media sosial untuk merekrut penyokong dari serata dunia manakala penjenayah siber pula licik menggunakan teknologi untuk mencuri wang.
Justeru Timbalan Perdana Menteri Encik Teo Chee Hean menggesa pendekatan kerjasama yang kukuh untuk menangani cabaran masa kini dan masa depan.