GELOMBANG graviti (gravitational waves) adalah salah satu daripada produk Teori Asas Relativiti (General Theory of Relativity) yang diutarakan oleh Albert Einstein pada 1916.
Teori itu boleh diibaratkan seperti berikut: Kapal yang memacu laju dan semakin laju di atas air. Atau bergerak dengan kelajuan yang sama (same velocity) tapi kapal itu tidak seimbang. Maka kapal itu akan menghasilkan ombak.