SATU acara terbang lintas hormat merangkumi lebih 20 pesawat di kawasan Marina Bay semasa hujung minggu Hari Kebangsaan adalah antara acara kemuncak yang bakal berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-50 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) tahun ini.
Acara lain termasuk pertunjukan udara menampilkan pesawat F-15SG dan dua pesawat F-16C di Pertunjukan Udara Singapura bulan depan, pameran di kawasan kejiranan serata negara pada bulan Mac dengan Mei, dan perbarisan peringatan yang akan dihadiri Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong pada 1 September ini.