TANPA pengalaman 'pembuka mata' di Lembah Silikon, Amerika Syarikat, selama setahun, Encik Ali Aljunied berkata beliau tidak akan berani menjadi seorang usahatekwan.
Lulusan Sarjana Muda Sains Komputer Universiti Nasional Singapura (NUS) itu bekerja sambil belajar di pusat inovasi itu semasa mengikuti program bekerja sambil belajar selama setahun anjuran Kolej Luar Negara NUS (NOC) pada 2012.