Tergelincir, jatuh antara sebab utama kecederaan di tempat kerja
Premium
Tergelincir, jatuh antara sebab utama kecederaan di tempat kerja
Sep 29, 2020 | 5:30 AM
JUMLAH KES TURUN: Kes kecederaan keseluruhan di tempat kerja jatuh hampir 25 peratus daripada 6,630 kes dalam separuh pertama tahun lalu kepada 4,996 dalam tempoh yang sama tahun ini.- Foto fail -
KEJADIAN tergelincir, tersandung dan terjatuh terus kekal sebagai punca utama bagi kedua-dua kes kecederaan besar dan kecil di tempat kerja.
Ini meskipun jumlah kes kecederaan besar dan kecil akibat tergelincir, tersandung dan terjatuh turun daripada 1,862 kes dalam enam bulan pertama tahun lalu kepada 1,508 kes dalam tempoh yang sama tahun ini, menurut perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

