HAMPIR dua dekad berkecimpung dalam politik tanah air, Encik Hawazi Daipi tidak pernah lupa nasihat yang diberikan ayahnya di saat beliau sedang menimbangkan tawaran berkhidmat kepada negara.
Ayahnya, Allahyarham Daipi Abdullah, menasihatkan Encik Hawazi agar menerima tanggungjawab itu hanya jika beliau yakin dapat melaksanakannya dengan baik.