Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terjebak dengan gas butana kerana didesak teman

Jul 01, 2023 | 05:30 AM



Seperti remaja-remaja seangkatan, ‘Junior’ (bukan nama sebenar) gemar menghabiskan masa melepak bersama rakan-rakan, adakalanya sehingga lewat malam.

Sesi itu biasanya diisi dengan berborak atau melakukan aktiviti riadah secara bersama.

Namun, daripada salah satu sesi lepak inilah jejaka bertubuh kecil itu berjinak-jinak dengan kegiatan menyedut gas butana.

Menurutnya, dia diperkenalkan kepada kegiatan itu oleh rakan-rakannya semasa bersembang dengan mereka pada pertengahan Mei 2023.

Anak bongsu di kalangan lima beradik itu berkata: “Pada waktu itu, rakan saya ajak untuk try, jadi saya pun cuba.


“Pertama kali saya menyedutnya, tekak saya rasa sejuk tetapi ia cepat ‘tangkap’ ke otak dan kepala saya rasa ringan.”

Menurut ‘Junior’, beliau tidak lagi menyedut butan kerana berasa ia tidak memberi sebarang manfaat dan kini mengisi masa lapangnya dengan bola sepak dan kegiatan tari singa.

“Saya ada ambilnya untuk beberapa kali (selepas itu) tetapi saya kini sudah berhenti dan tidak menyedutnya lagi,” ujar ‘Junior’.

Menurut ‘Junior’, 15 tahun, dia dan rakan-rakan akan mencari tempat terpencil atau gelap untuk lakukan kegiatan itu – biasanya pondok awam di taman atau bumbung tempat letak kereta bertingkat pada lewat malam.

Tambahnya, setiap kanister gas akan disedut sampai kandungannya habis dan setiap individu ada kanister tersendiri agar ia tidak dikongsi sesama sendiri.

Semasa dia menghisap gas butana, dia rasa seakan semua tekanan dan kegelisahannya pudar buat seketika – begitu juga rakan-rakannya kerana menurutnya, mereka ingin menikmati rasa khayal.

“Jika anda baru-baru ambil atau tak biasa, memang selepas mengambilnya akan rasa mual atau tekak rasa sakit tetapi selepas itu anda rasa khayal,” ujarnya.

Di samping rasa khayal, ia juga menyebabkannya untuk senang tertawa.

Dia berkongsi bahawa injap kanister butana tersebut dihalakan ke dalam mulut. Injap itu lalu ditekan agar gas dapat keluar dan ia segera disedut.

“Khayalan itu boleh bertahan sehingga dua jam dan satu kanister gas butana boleh bertahan selama 15 minit apabila dihidu dalam satu-satu masa sehingga habis.

“Biasanya kanister itu akan disedut dari masa ke masa untuk kekalkan khayalan,” ujarnya.

Setiap kanister butana menurutnya mudah untuk diperoleh dan amat murah – daripada pemeriksaan Berita Harian (BH) menerusi wadah dalam talian dan beberapa kedai, harga setiap kanister gas butana adalah semurah $2.50, bergantung pada isipadu dan jenama.


Dia berkata sesiapa sahaja boleh membeli kanister gas butana dari kedai yang menjualnya tanpa perlu sebarang semakan atau pertanyaan dari jurujual kedai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >