Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TERKINI: Pelajar berusia 13 tahun terkorban selepas ditimpa palang gol

Apr 24, 2017 | 08:00 PM



SEORANG pelajar lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia di hospital selepas ditimpa palang gol semasa menjalani kelas pendidikan jasmani di sekolah pagi tadi.



Kejadian itu difahamkan berlaku selepas 9 pagi di Sekolah Menengah Geylang Methodist, di Geylang East Central.



Ketika dihubungi Berita Harian, bapa Allahyarham Muhammad Hambali Sumathi, Encik Sumathi Abdul Hamid, 52 tahun, berkata pengetua sekolah anaknya menghubunginya sekitar 9.50 pagi tadi untuk memberitahu anaknya terlibat dalam satu kemalangan serius di sekolah.



Menurut Encik Sumathi, beliau diberitahu Allahyarham, yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-13 Jun ini, sedang bermain di padang bola sepak dan bergayut seketika di palang gol.



Namun, apabila tangannya terlepas, dia terjatuh.



Palang gol itu juga jatuh dan menimpanya.



Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata Allahyarham mengalami kecederaan di kepalanya dan dikerjarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Sepanjang perjalanan, paramedik juga memberinya bantuan pernafasan kecemasan (CPR).



Jurucakap polis berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia di KKH.



Allahyarham merupakan anak kedua daripada keluarga empat beradik dan merupakan adik kepada penyanyi setempat, Sarah Aqilah, juara Anugerah 2009.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >