Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terminal 4 Changi dijangka siap jelang akhir tahun ini

Oct 10, 2016 | 09:41 AM



PEMBINAAN terminal penumpang baru, T4, Lapangan Terbang Changi dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.



Terminal itu, bagaimanapun, belum bersedia menerima pelancong dan pelawat, dan pembukaannya dijadualkan pada separuh kedua tahun depan.



Demikian menurut jurucakap Changi Airport Group, Encik Ivan Tan, dalam sebuah laporan akhbar The Straits Times pada Isnin (10 Okt).



Fasa kerja seterusnya melibatkan ujian sistem dan peralatan lapangan terbang selain ujian kesediaan operasi.



Tidak seperti tiga terminal lain, T4 akan melihat pelancaran besar-besaran pilihan layan diri dan automatik untuk daftar masuk, penandaan beg, pemeriksaan imigresen dan menaiki pesawat.



Di T4, penumpang akan menjalani pemeriksaan berpusat dan bukannya pemeriksaan di bilik menunggu sebelum menaiki pesawat, sistem yang digunakan di terminal lain.



Bagi mengurangkan masalah awal, banyak ujian akan dijalankan lewat tahun ini.



Terdapat rancangan bagi lebih 50 ujian percubaan, termasuk penerbangan betul, menjelang pembukaan T4. Ini lebih daripada dua kali ganda bilangan ujian bagi T3, yang dibuka pada 2008.



Dibina untuk mengendalikan sehingga 16 juta penumpang setahun, T4 serta pengembangan yang sedang dijalankan ke atas T1 akan meningkatkan jumlah kapasiti Changi kepada 85 juta penumpang.



Walaupun tidak ada Skytrain menghubungkan T4 ke terminal lain, penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan akan dipindahkan ke lounge pemindahan sebelum dihantar dengan bas ke T2.



Mereka boleh menaiki Skytrain di T2 ke T1 dan T3.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >