TERMINAL bas baru di Spooner Road dekat Jalan Bukit Merah akan dibuka pada 10 Mac ini untuk menggantikan terminal sedia ada yang bakal digantikan dengan kemudahan kesihatan di kawasan tersebut.
Menurut laporan The Straits Times, terminal bas Kampong Bahru akan menggantikan terminal bas New Bridge Road di Eu Tong Sen Street yang terletak di tapak yang dikhaskan untuk Pusat Penjagaan Elektif Hospital Besar Singapura (SGH).