Terminal rel kelajuan tinggi KL-Spura akan dibina di tapak Jurong Country Club

TERMINAL rel kelajuan tinggi ke Kuala Lumpur akan terletak di tapak Jurong Country Club yang ada kini di Jurong East, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu taklimat media bersama hari ini.

SLA telah mewartakan pemerolehan tapak Jurong Country Club dan kelab itu dijangka memberi tapak tanahnya menjelang November 2016.

Terminal tersebut dijangka memenuhi kawasan sekitar 12 hektar, atau sekitar 18 peratus, daripada kawasan seluruhnya seluas 67 hektar.

Baki kawasan tanah itu akan digunakan bagi membina pembangunan pelbagai guna, termasuk pejabat, hotel, tempat membeli-belah dan hiburan, serta juga tempat kediaman.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.