SEJAK dua tahun lalu, Thermos® telah membuat siri rekaan Singapura yang eksklusif, menjadikan produk yang dijual dihasilkan bersama rekaan edisi terhad.
Tahun ini, rekaan termos yang dicipta adalah hasil kerjasama dengan dua pelajar Fakulti Seni Sekolah Pathlight, sebuah perbadanan tidak meraih keuntungan yang menyokong individu yang mempunyai autisme.