Tertuduh kes bunuh jurutera tampil lagi di mahkamah

LELAKI yang didakwa membunuh seorang jurutera di Gardens by the Bay East di Marina Bay lebih dua minggu lalu membuat penampilan keduanya di mahkamah pada Khamis (28 Julai).

Leslie Khoo Kwee Hock, 48 tahun, didakwa menyebabkan kematian Cik Cui Yajie, warga China berusia 31 tahun, antara 8 pagi dan 10.11 pagi pada 12 Julai.

Polis menerima satu laporan orang hilang mengenai Cik Cui tidak melaporkan untuk bekerja sejak 12 Julai.

Beliau kali terakhir dilihat di Fusionopolis Walk pada malam sebelumnya.

Khoo, yang bekerja dalam perniagaan dobi, dikenal pasti melalui siasatan rapi. Dia ditangkap Rabu lalu dan membawa polis ke Lim Chu Kang Lane 8, tempat mayat reput, dipercayai Cik Cui, ditemui.

Pihak pendakwaan memohon Khoo ditahan reman seminggu lagi bagi siasatan. Khoo akan kembali ke mahkamah pada Ogos 4

Jika didapato bersalah membunuh, dia menghadapi hukuman mati.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.