Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tertuduh kes culik ibu bos Sheng Siong sasar ramai jutawan

Sep 01, 2016 | 10:42 AM



EKSEKUTIF penjualan Lee Sze Yong, yang menculik ibu bos pasar rasa Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee, dua tahun lalu, sebenarnya menyasarkan anak-anak jutawan Peter Lim sebagai mangsa pertamanya.



Dari seawal 2010, Lee, 44 tahun, memendam rancangan menjadi kaya melalui wang tebusan, Mahkamah Tinggi diberitahu pada Rabu (31 Ogos).



Senarai sasaran Lee termasuk pengasas BreadTalk, Encik George Quek; 'Raja Popiah', Encik Sam Goi daripada Tee Yih Jia Group; dan Pengerusi Eksekutif Fragrance Group, Encik Koh Wee Meng.



Ia juga termasuk ahli perniagaan asing dengan beberapa kaitan dengan Singapura, seperti hartawan Indonesia, Encik Anthoni Salim, pengerusi Genting Group, Encik Lim Kok Thay, dan ahli perniagaan India yang juga penyanyi, Shael Oswal, yang membeli sebuah banglo di Sentosa Cove pada harga $39 juta.



Butiran ini didedah apabila lapan kenyataan yang Lee beri kepada polis selepas dia ditangkap diterima sebagai bukti melalui pegawai penyiasat, Timbalan Superintenden Burhanudeen Haji Hussainar.



Lee disoal oleh polis mengenai alat perancang dan dokumen yang dirampas dari kereta dan flatnya selepas dia ditangkap kerana menculik Cik Ng Lye Poh pada 8 Jan 2014.



Dalam alat perancang itu, Lee mencatat dengan kemas maklumat yang dikumpulnya mengenai beberapa orang kaya - nombor kad pengenalan mereka, berapa banyak harta mereka, di mana mereka tinggal, nama anak-anak mereka dan sekolah yang dihadiri mereka, dan masa mereka meninggalkan dan pulang ke rumah.



Lee memberitahu polis dia mendapat tahu alamat rumah itu dengan membeli maklumat perniagaan daripada Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) sebelum memerhatikan rumah mereka dan merekodkan pemerhatiannya dalam alat perancang itu.



Lee, yang dibebani hutang kad kredit hampir $200,000, memberitahu polis bahawa selepas membaca senarai orang terkaya tahun lalu dala majalah Forbes, dia mendapat idea bahawa dia boleh menculik seseorang dan menuntut wang tebusan untuk melangsai hutangnya.



Orang pertama dia terfikir untuk culik ialah anak-anak Encik Peter Lim. Lee memberitahu polis dia membaca dalam akhbar bahawa pelabur sepenuh masa itu "kaya wang tunai".



Lee memerhatikan kondominium Encik Lim berhampiran Hotel Shangri-La dan kereta yang keluar masuk, tetapi tidak nampak jutawan itu. Dia juga pergi ke kondominium bekas isteri beliau, Cik Venus Teo, di River Valley. Dia melihat Cik Teo semasa lawatan kedua dan mencatatkan pemerhatiannya dalam alat perancan itu.



Lee berkata dia merancang menculik anak lelaki Encik Lim, yang ketika itu berusia 18, dan menuntut wang tebusan $50 juta. Lee menulis draf nota tebusan, mengancam menyiarkan gambar bogel remaja tersebut dalam talian, tetapi menegaskan kepada polis bahawa ia "hanya dalam fikirannya", dan dia tidak pernah melaksana rancangannya itu.



Lee juga memerhatikan Encik Quek sebanyak tiga kali semasa beliau meninggalkan rumah untuk bersenam pada pagi hari di Kebun Bunga.



Dia memerhatikan pergerakan ahli keluarga Encik Quek, dengan mengambil perhatian mengenai uniform sekolah anak-anaknya dan plat lesen kereta yang membawa mereka ke sekolah.



Lee juga membeli maklumat perniagaan mengenai syarikat seperti kedai emas Aspial, penjual kerusi urut Osim, Hotel 81 dan Hotel Goodwood Park.



Dia juga memeriksa tempat-tempat di Singapura yang padanya baik dijadikan tempat mengambil wang tebusan.



Lee memberitahu polis bahawa pada 2011, dia mula menyediakan barang-barang yang dia percaya perlu untuk menjalankan satu penculikan.



Dia membeli semburan lada dari Kuala Lumpur, pistol Taser dari Bangkok, topeng muka warna kulit daripada eBay dan plat kereta palsu dari Johor Bahru. Dia juga membeli pita saluran, tali, dan pakaian serta tudung untuk menyamar sebagai seorang wanita Muslim.



Dia juga menimbang membeli barang-barang seperti kesan darah palsu untuk dibubuh pada mangsa sebelum mengambil gambar mereka untuk dihantar kepada keluarga mereka.



Namun, dia tidak membuat sembarang rancangan konkrit.



Pada 2013, dia membaca bahawa bos Sheng Siong, Encik Lim, bernilai lebih $ 500 juta, dan mula memerhatikan rumahnya di Hougang.



Pada beberapa kunjungan, dia mendapati seorang wanita warga emas meninggalkan rumah itu pada kira-kira 9 pagi, tetapi tidak tahu hubunggannya dengan Encik Lim.



Lee berkata dia membuat sekurang-kurangnya enam lagi lawatan untuk mengkaji pergerakan beliau dan memutuskan menyasarkan beliau.



Pada 8 Jan 2014, selepas menyewa sebuah kereta Honda Civic, dia mendekati Cik Ng di jejatas dan bertanya dalam bahasa Hokkien apakah Encik Lim anaknya.



Selepas Cik Ng mengesahkannya, dia membohongi beliau supaya masuk ke dalam keretanya dengan berdusta bahawa anaknya terjatuh di pejabat.



Lee kemudian menelefon Encik Lim dan menuntut $20 juga pada malam yang sama, tetapi mengambil keputusan menerima $2 juta yang ditawarkan Encik Lim.



Cik Ng dijangka memberi keterangan hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >