Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terus perluas inisiatif tingkat mutu kehidupan penduduk

Jun 06, 2022 | 05:30 AM



SUDAH lima tahun Encik Fariezan Abas, 38 tahun, seorang Pegawai Perkidmatan Awam, berkhidmat secara sukarela sebagai pemimpin akar umbi di Kelab Masyarakat Zhenghua.



Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi untuk Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan Setiausaha untuk Jawatankuasa Perundingan Rakyatnya (CCC).



Kawasan Zhenghua adalah sebahagian daripada GRC Holland-Bukit Timah.



Semuanya bermula apabila beliau mengadakan majlis cukur rambut anak sulungnya di kolong blok dan menjemput Anggota Parlimen (AP) Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa.



Pada ketika itu mereka berbincang mengenai hasrat Encik Fariezan untuk menjadi sukarelawan dan menyumbang kembali kepada masyarakat.



Beliau menetap di estet perumahan awam di Bukit Panjang yang juga merupakan 'kampung' kepada kedua ibu bapa dan mentuanya.



Antara hasrat yang dikongsinya adalah untuk meningkatkan mutu kehidupan bagi semua lapisan masyarakat Bukit Panjang dan untuk menjadikan estet itu lebih kondusif dan tempat tinggal yang lebih baik dan selesa bagi penduduknya.



"Saya mula dengan inisiatif yang kecil dan perlahan-lahan ke inisiatif dan gerakan yang lebih besar," kata Encik Fariezan semasa temu ramah melalui panggilan dengan Berita Harian (BH).



Setelah lima tahun bertungkus lumus berkhidmat bagi masyarakat Bukit Panjang, peluang yang lebih besar datang apabila beliau dipilih untuk ikut serta menjadi sukarelawan bagi Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) kira-kira setahun yang lepas.



Peluang ini membolehkan Encik Fariezan untuk kongsi sama inisiatif yang dikendalikan di estetnya itu kepada masyarakat Melayu/Islam secara lebih luas.



Sebagai contoh, beliau mengadakan kerjasama dengan Masjid Al-Iman bagi melaksanakan bengkel mempersiapkan belia lelaki sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Bengkel 'Persediaan NS' ini giat dihadiri oleh belia lelaki yang juga merupakan pelajar madrasah.



Bukan sekadar itu, bengkel ini juga menyampaikan maklumah dan pengajaran yang positif serta hukum hakam dari sudut pandangan Islam berkaitan NS. Bengkel ini turut dibuka kepada semua masyarakat Melayu/Islam dari serata Singapura.



"Selain daripada itu, sebagai contoh, kami juga telah bekerjasama dengan Mendaki untuk membawa beberapa kelas dan bengkel akademik ke CC Zhenghua, antaranya ialah 'Kelas Matematika' khusus untuk pelajar sekolah rendah dan juga bakal pelajar yang berusia dalam lingkungan empat hingga enam tahun," kongsi Fariezan lagi.



Beliau juga seorang ahli Penasihat Jawatankuasa bagi Sekolah Rendah West Spring dan juga dilantik oleh Penasihat Akar Umbi Zhenghua untuk menggalas tanggung jawab menjadi seorang Penyelaras Bersama bagi inisiatif 'Zhenghua Cares' di mana inisiatif ini merupakan antara program yang menghulurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.



"Sebagai contoh, antara profil yang pernah kami bantu, ialah sebuah keluarga besar di mana pasangan itu ada sepuluh orang anak berusia antara enam bulan dengan 17 tahun. Isterinya seorang suri rumah sementara suaminya merupakan pemandu Grab. Alhamdulilah, kami membantu mereka untuk dapatkan baucar membeli barang dapur dan keperluan rumah, juga sediakan keperluan anak-anak mereka. Dapat juga kami selitkan aktiviti kunjungan ke daya tarikan di sini untuk mereka," kongsi beliau lagi.



"Memang tidak mudah untuk memikul tanggung jawab dan jawatan yang diberikan, saya bersemangat untuk berkhidmat pada masyarakat. Saya berada di kedudukan di mana saya dapat melihat gambaran yang luas dan menyeluruh akan mereka yang minta bantuan. Saya berkebolehan untuk menghubungkan mereka pada sumber dan inisiatif yang ada dalam simpanan kami," tambah beliau lagi.




"Semuanya bermula dengan keinginan melihat estet perumahan saya menjadi tempat yang lebih baik untuk anak kecil yang sedang membesar dan lebih kondusif dan selesa buat penduduk disini."



- Encik Fariezan Abas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >