Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tetap ibu yang disanjungi meski menghuni di rumah orang tua

May 06, 2018 | 05:30 AM



BELIAU tidak pernah meraikan Hari Ibu bersama anak-anak kandungnya sendiri.



Tetapi, sejak ditempatkan di Rumah Orang Tua Pertapis empat tahun lalu, Cik Ramlah (bukan nama sebenar), 82 tahun, setiap tahun diraikan dengan sambutan Hari Ibu oleh para sukarelawan dan petugas rumah tersebut.



"Dekat sini nenek sambut setiap tahun dengan kawan-kawan.



"Bukan tu sahaja, setiap tahun ada sambutan hari jadi," ujar nenek yang kelihatan masih sihat dan ceria itu.



Pergerakan dan cara berjalannya mungkin tidak selincah dahulu.



Namun, ingatannya masih kuat setiap kali diminta berkongsi kenangan manis bersama keluarganya.



Tidak seperti Cik Ramlah yang mempunyai tiga anak, dua lagi penduduk, Cik Sasha, 78 tahun, dan Cik Ros, 82 tahun (kededuanya juga bukan nama sebenar), masih dapat menyambut Hari Ibu bersama anak-anak mereka.



"Anak-anak nenek ambil nenek sehari selepas sambutan Hari Ibu di Pertapis dan kami sambut secara kecil-kecilan bersama," ujar Cik Sasha, ibu lima anak yang juga merupakan antara penduduk yang paling lama menghuni di rumah tersebut.



Jelas daripada raut wajah dan perbualan mereka, ketiga-tiga wanita itu teruja dapat menyambut Hari Ibu bersama rakan-rakan penghuni lain.



Setiap tahun, Rumah Orang Tua Pertapis akan menyambut Hari Ibu di rumah tersebut atau dipelawa menyambutnya di pertubuhan lain.



Ketiga-tiga mereka merupakan antara 38 penghuni Rumah Orang Tua Pertapis, dengan 19 daripada mereka merupakan kaum Hawa, sementara 19 yang lain penghuni lelaki.



Kesemua penghuni rumah tumpangan itu berusia antara 65 dengan 93 tahun, dengan kebanyakan mereka sudah menghuni rumah tersebut antara lima dengan 10 tahun.



Tahun ini, para penghuni rumah tumpangan itu telah dipelawa ke Masjid Darul Aman untuk sambutan Hari Ibu.



Majlis yang diadakan pada 28 April lalu itu dibuka kepada orang ramai dan dimeriahkan dengan beberapa acara seperti syarahan mengenai tokoh-tokoh wanita hebat yang boleh dicontohi, nyanyian nasyid serta bacaan doa.



Hidangan lauk-pauk yang menyelerakan seperti ayam masak lemak dan sambal sotong juga disediakan.



Cik Rafidah Mohd Rafid, 26 tahun, Timbalan Ketua Rumah Orang Tua Pertapis, berkata bahawa sambutan Hari Ibu amat bermakna bagi para penghuni.



"Seorang ibu akan sentiasa menjadi seorang ibu di mana pun beliau berada, termasuklah di rumah orang tua.



"Sambutan tersebut jelas menunjukkan kepada para penghuni rumah ini bahawa jasa mereka sebagai ibu sentiasa dihargai,"tambahnya.



Cik Rafidah juga berkata sambutan sedemikian dapat mengembalikan kenangan manis para penghuni bersama keluarga tercinta.



Namun, bagi sesetengah mereka seperti Cik Ramlah, meskipun tidak menyambut Hari Ibu bersama anak-anak, beliau tetap diziarahi keluarganya dan kadangkala dibawa pulang ke rumah.



Bagi Cik Sasha pula, beliau lebih selesa menghabiskan masa di Rumah Orang Tua Pertapis kerana berasa dirinya lebih selamat di bawah jagaan rumah tersebut.



"Semua anak nenek bekerja, jadi tiada siapa yang dapat menjaga nenek di rumah.



"Di sini keselamatan dan kebersihan sentiasa terjaga," katanya.



Di Rumah Orang Tua Pertapis, para penghuni mengisi masa menerusi pelbagai kegiatan harian yang termasuk membaca Al-Quran, bersenam dan bertahlil.



Pertapis juga menyambut ulang tahun kesemua penduduknya empat bulan sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >