Tharman: Dana CPF paling selamat di dunia

SKIM Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mungkin tidak menawarkan pulangan tertinggi, namun ia menawarkan pulangan yang adil dan merupakan salah satu dana persaraan yang paling selamat di dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam di Parlimen tadi.

Ini kerana selain dijamin oleh Pemerintah, kadar faedah CPF ditetapkan berdasarkan pelaburan setanding di pasaran terbuka.

"Pertama, sistem CPF kita adalah berdaya tahan. Ia tidak dibebani liabiliti hingga boleh membebankan generasi anak-anak kita.

"Kedua, CPF menawarkan fleksibiliti kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan, sesungguhnya ia lebih baik berbanding sistem keselamatan sosial yang lain.

"Ketiga, walaupun skim CPF tidak menawarkan pulangan tertinggi, ia memberi pulangan yang adil dan sudah tentu yang paling selamat di dunia," kata Encik Tharman.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.