PENGETAHUAN tentang sejarah memberi kita keyakinan kepada peradaban berbilang agama walaupun terdapat pengaruh daripada golongan pelampau dan ideolog, atau mereka yang tegar pada sesuatu kepercayaan.
Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, dalam tulisannya di Facebook sempena Hari Raya Aidilfitri.