Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman: Kawasan kejiranan kunci penyertaan sosial Singapura

Dec 01, 2015 | 01:02 PM



WASHINGTON: Meningkatkan penyertaan dan mobiliti sosial semakin sukar sedangkan ia kian penting, kata Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada Isnin (30 Nov), apabila beliau menggariskan pendekatan Singapura bagi masalah itu dalam satu persidangan di sini.


Sambil mengakui bahawa mengekalkan perpaduan masyarakat pelbagai budaya memerlukan "kerja berterusan", Encik Tharman berkata kejayaan relatif Singapura dalam perkara ini setakat ini boleh dikaitkan dengan satu ramuan utama: kawasan kejiranannya.


"Sos rahsianya ialah kejiranan kami, komposisinya dan cara kejiranan direka untuk memaksimumkan interaksi dan memberi kami peluang terbaik mencapai sebuah masyarakat yang bersepadu," katanya dalam persidangan Institut Brookings yang tertumpu pada tema "perumahan, penyertaan dan ekuiti sosial".


"Ia bukan soal nombor sahaja - keseimbangan kumpulan etnik di kawasan kejiranan berbeza - ia adalah mengenai pengalaman sehari-hari.


"Ia mengenai berjalan di koridor dan menggunakan lif sama dengan jiran anda setiap hari; ia mengenai cara anak-anak membesar bersama di taman permainan dan di sekolah rendah berdekatan; ia mengenai rakan sebaya di kawasan kejiranan. Kawasan kejiranan penting, budaya kawasan kejiranan penting, tetapi ia tidak terhasil secara tidak sengaja," ujar Encik Tharman dalam ucaptama beliau, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa (1 Dis).


Beliau, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial, dijemput menyampaikan ucaptama pada persidangan itu oleh penganjur yang berkata mereka mahu mendapatkan maklumat tentang pendekatan Singapura kepada masalah masyarakat asingan.


Dalam ucapannya, Encik Tharman memberikan pemikiran luas Singapura mengenai perkara itu, menggariskan, khususnya, bagaimana begitu banyak aspek berbeza - kuota kaum bagi perumahan, projek peningkatkan, dasar pendidikan dan perancangan bandar - semua bergabung bagi membuat masyarakat pelbagai budaya Singapura berkesan.


Salah satu prinsip, kata beliau, ialah dalam soal campur tangan sosial, pemerintah Singapura memutuskan campur tangan dari atas dan bukan di bawah - walaupun ada orang menganggap langkah-langkah itu sebagai kejuruteraan sosial mengganggu.


Menekankan perlu perlu campur tangan sosial, beliau berkata: "... masyarakat tidak secara semula jadi mengarah ke keseimbangan, mereka tidak secara semula jadi mengarah ke keharmonian, dan lebih-lebih lagi keharmonian etnik dan agama.


"Ia bukan kecenderungan semula jadi masyarakat, bukan sebahagian daripada mekanisme semula jadi masyarakat bahawa ada orang semakin ingin tinggal dengan orang yang berbeza daripada mereka."


Beliau menjelaskan bahawa di Singapura, campur tangan itu merentasi dasar yang berbeza.


Selain membina flat kecil di sebelah flat besar dan menetapkan kuota perumahan bagi memastikan enklaf kaum tidak membentuk, beliau menegaskan adalah penting mempunyai ruang awam bermutu, taraf perkhidmatan tinggi dan peremajaan untuk memastikan estet perumahan tidak rosak, dan ada akses baik kepada pekerjaan dan sekolah bagus.


"Dengan mereka kejiranan agar ia menjadi kawasan campuran semua kumpulan pendapatan dan dengan ruang bersama bermutu tinggi, menarik untuk semua orang hidup, saham rumah semua orang naik," kata Encik Tharman.


"Kami mempunyai orang kurang bernasib baik, kami mempunyai keluarga kurang bernasib baik, kami mempunyai belia berisiko, tetapi kami tidak mempunyai kawasan kejiranan kurang bernasib baik di Singapura, dan kami tidak mempunyai kejiranan berisiko. Itu adalah satu perbezaan besar," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >