Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman lawat penduduk Bukit Batok

Mar 15, 2016 | 08:26 AM



Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam memberi jaminan kepada penduduk Bukit Batok pada Isnin (14 Mac) malam bahawa keperluan mereka akan ditangani walaupun Anggota Parlimen (AP) mereka telah meletak jawatan.



"Kami akan memastikan masalah diselesaikan, keperluan mereka ditangani, bahawa semua projek berterusan menjalankan lancar dan selesai," katanya kepada pemberita, lapor akhbar The Straits Times.



Beliau juga berkata Parti Tindakan Rakyat (PAP) mempunyai beberapa "calon sangat kuat" yang ia sedang lihat untuk menggantikan Encik David Ong, yang meletak jawatan dua hari lalu berkaitan satu dakwaan hubungan sulit.



"Kami agak bernasib baik kerana berada dalam kedudukan itu. Apabila kami akhirnya mengumumkan calon, saya boleh memberi jaminan ia akan merupakan seorang yang komited kepada kepentingan penduduk Bukit Batok, dan yang akan dapat juga bercakap bagi pihak mereka dan Singapura di Parlimen," katanya.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa mengumumkan perletakan jawatan Encik Ong Sabtu lalu juga berkata beliau akan mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi tunggal itu "pada masa sesuai".



Speaker Cik Halimah Yacob juga mengesahkan beliau telah menerima peletakan jawatan Encik Ong dan mengisytiharkan kerusinya kosong pada permulaan sedang Parlimen pada Isnin.



Encik Tharman, AP GRC Jurong, hadir di Sesi Bertemu Penduduk (MPS) mingguan di PAP cawangan Bukit Batok, yang seperti biasa, bermula pada 7.30 malam Isnin.



Seorang lagi AP Jurong, Encik Ang Wei Neng, berada di sana untuk berjumpa penduduk yang memerlukan bantuan, diiringi setiausaha cawangan PAP Bukit Batok, Encik Leow Boon Swee, yang dilihat sebagai orang yang mungkin menjadi calon. Menteri Negara Kanan Desmond Lee, yang ditugaskan menjaga kawasan itu buat masa ini, berada di luar negara kerana tugas.



Sekurang-kurangnya 30 penduduk hadir di MPS itu, sesetengah mereka tidak menyedari Encik Ong telah meletak jawatan.



Sementara itu, pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, memberitahu pemberita pada MPS kawasan undi beliau, Serangoon, di GRC Aljunied, bahawa parti itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Batok.



Beliau memberi dua sebab: WP tidak aktif di kawasan itu, dan Parti Demokratik Singapura (SDP) telah mengisytiharkan hujung minggu hasratnya bertanding.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >