Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman: Melawan sikap tidak bertoleransi kini satu cabaran di mana-mana

Nov 11, 2015 | 09:23 AM



BERPULUH tahun mungkin diperlukan sebelum kuasa politik sederhana berjaya mempengaruhi manusia hingga sikap tidak bertoleransi etnik dan ekstremisme agama dapat diatasi, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada Selasa (10 Nov).


Menulis dalam satu pos Facebook dan merenung mengenai prospek sejagat, beliau berkata ia adalah satu cabaran benar di mana-mana hari ini.


Dalam pos pada hari cuti umum Deepavali itu, Encik Tharman menjelaskan tradisi agama Hindu menyalakan lampu minyak di rumah bagi menyambut perayaan tersebut.


"Ia mengenai semarak semangat manusia - mengatasi kegelapan kejahilan dan ketaksuban dengan pembelajaran dan pemahaman."


Dan mesej itu "serelevan hari ini sebagaimana ia relavan selama ini", katanya.


Ini kerana semua agama, termasuk Hindu, telah menyaksikan peningkatan ekstremisme agama, yang mungkin memerlukan reformasi dalaman berpuluh tahun untuk diatasi, katanya.


Encik Tharman mengucapkan kepada semua penganut Hindu dan "semua orang yang merai kepelbagaian Singapura" selamat Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.


Bagaimanapun, memandangkan prospek mencabar, beliau juga menambah: "Ini bermakna kita lebih-lebih lagi harus melakukan semua yang kita boleh untuk mengekalkan Singapura sebagai tempat di mana toleransi dan minda terbuka mengatasi yang lain.


"Di mana semua orang membesar dengan rakan-rakan berbilang kaum dan agama berbeza, dan di mana ada saling memberi dan menerima dalam kehidupan harian di kejiranan kita, agar kita hidup bersama-sama tanpa sebarang rasa tidak senang.


"Dan di mana kita membangunkan sikap ambil tahu dan pemahaman lebih mendalam dan tulen antara satu sama lain."


Encik Tharman membuat kenyataan sama dalam satu pos Facebook pada Deepavali tahun lalu, apabila beliau menyeru semua orang supaya melawan angin sikap tidak bertoleransi dan prasangka yang sangat membimbangkan yang terus bertiup di seluruh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >