Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman: Pembangkang boleh terus sumbang kepada Singapura

Sep 14, 2015 | 11:15 AM



PEMBANGKANG boleh mengambil sikap lebih reflektif dan melihat bagaimana ia boleh terus memainkan peranan membina dalam politik Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Tharman Shanmugaratnam.


Beliau memberitahu pemberita pembangkang memainkan peranan penting dalam memajukan negara ini, lapor akhbar The Straits Times hari ini (14 Sep).


"Penting untuk pembangkang merenungkan apa yang berlaku - bukan sahaja dari segi sama ada pengundi kurang faham atau pengundi membuat kesilapan - tetapi bagaimana mereka boleh melakukan lebih baik dalam strategi mereka," kata Encik Tharman semasa merasmikan Pesta Pertengahan Musim Gugur di Chinatown semalam (13 Sep).


"Kita perlu sikap lebih reflektif selepas setiap pilihan raya, dan mengenai cara pembangkang boleh terus memainkan peranan membina dan positif dalam politik Singapura, kerana mereka perlu (melakukan ini)."


Komen beliau datang selepas kemenangan besar Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya umum Jumaat lalu, dengan memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen dan mendapat 69.9 peratus undi popular.


Encik Tharman juga mengakui kehadiran beberapa calon pembangkang baru yang gagal dipilih, dan berharap mereka akan terus aktif dalam kehidupan masyarakat.


"Kehadiran beberapa muka baru dalam pilihan raya lalu sangat baik. Beberapa muka baru sangat menarik," katanya.


"Saya berharap mereka terus menyumbang kepada Singapura - walaupun mereka tidak menang - sama ada dalam mahupun luar politik."


Singapura, katanya, perlu kekal sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai suara dan pandangan, bukan hanya semasa pilihan raya - hujah yang dibuat Perdana Menteri Lee Hsien Loong sejak dua hari lalu.


"Kami akan mengambil pandangan daripada pembangkang, kami akan mengambil pandangan daripada masyarakat awam, kami akan mengambil pandangan daripada orang daripada pelbagai lapisan masyarakat," kata Encik Tharman.


Ini termasuk media dalam talian dan sosial, yang memainkan peranan penting dalam membentuk pendapat, dan harus terus berbuat demikian secara paling membina yang mungkin, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >