Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Thia Khiang: PAP ibarat Titanic

Sep 07, 2015 | 02:00 PM



KETUA Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang, menyamakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan Titanic, kapal yang tenggelam dan menyebabkan ramai mati kerana kekurangan perlindungan terhadap kegagalan, sebagai respons kepada komen Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong bahawa parti pemerintah itu ibarat sebuah kapal persiaran.


Encik Goh berkata sedang PAP sebuah kapal persiaran berdestinasi, WP sebuah kapal perjudian tanpa haluan.


Sebagai respons, Encik Low berkata: "Saya takut kapal persiaran melebihi kapasiti. Ia pernah menjadi sebuah kapal mewah. Perekanya berkata ia tidak boleh karam. Namanya Titanic."


Beliau merujuk kepada kapal penumpang yang tenggelam di Lautan Atlantik pada 1912, membunuh lebih 1,000 penjumpang.


Encik Low berkata demikian kepada pemberita pada pagi Isnin (7 Sep) di Pasar Geylang Serai dalam GRC Marine Parade.


Beliau bersama pasukan WP bagi GRC tersebut, Encik Yee Jenn Jong, ncik Terence Tan, Encik Firuz Khan, Cik He Ting Ru dan Encik Dylan Ng.


WP berhujah dalam kempen pilihan raya umum ini bahawa pengundi harus menyokong pembangkang supaya alternatif yang boleh dipercayai dibina sekiranya prestasi parti pemerintah merosot. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >