CALON-CALON Parti Pekerja (WP) dilihat aktif di beberapa kawasan di sekitar timur Singapura semalam, dalam usaha mengambil peluang terakhir beramah mesra dengan penduduk sebelum Hari Bertenang berkuat kuasa hari ini.
Calonnya di GRC Marine Parade, Encik Firuz Khan, meluangkan masa di Stesen MRT Eunos, sementara ketua pasukannya, Encik Yee Jenn Jong, pula berada di kawasan Kembangan mengagihkan risalah parti itu.