Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada aduan bekalan telur ayam kurang di Pulau Pinang

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



GEORGETOWN (Pulau Pinang): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang berkata negeri itu tidak mengalami krisis telur ayam.



Naib pengarah kementerian tersebut, Encik A. Mogan, berkata berdasarkan tinjauan dan maklumat yang diperolehi daripada penternak dan penjual borong, stok atau bekalan telur ayam stabil di Pulau Pinang.



"Mulai 1 Januari lalu, kami tidak menerima sebarang aduan dari peniaga atau pengguna berhubung masalah kekurangan telur ayam di negeri ini.



"Namun, semasa tempoh cuti sekolah, permintaan bagi telur ayam agak tinggi dan kami akan terus memantau harga telur di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, bagi memastikan pencatutan tidak dilakukan oleh mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan semalam, menurut laporan media Malaysia.



Encik Mogan, yang juga merupakan ketua penguatkuasa negeri, berkata pengguna dialu-alukan untuk membuat aduan jika terdapat sebarang masalah berkaitan harga telur.



Tambahnya, semasa tempoh penguatkuasaan harga runcit dan borong maksimum hingga 30 Jun, harga borong bagi telur ayam gred A (dengan berat antara 65 hingga 69.9 gram) ditetapkan pada 41 sen ($0.13)setiap satu dan harga runcit pula ditetapkan pada 43 sen setiap satu; telur ayam gred B (dengan berat antara 60 hingga 64.9 gram) dijual pada harga borong 39 sen dan harga runcit 41 sen setiap satu.



Harga borong telur ayam gred C (dengan berat antara 55 dan 59.9 gram) ditetapkan pada 37 sen setiap satu dan harga runcit 39 sen, kata Encik Mogan.



Menurut pakar, meskipun Malaysia berupaya mengeluarkan ayam dan telur pada paras yang mencukupi untuk rakyat sendiri, negara itu masih menghadapi kekurangan bekalan ayam yang ketara, terutama kerana ia bergantung kepada import makanan bagi ayam yang mana harganya telah naik mendadak sejak beberapa bulan lalu.



Disebabkan kenaikan kos dan faktor lain, beberapa penternak ayam di Malaysia telah menghentikan pengeluaran manakala yang lain telah menaikkan harga meskipun kerajaan Malaysia telah menetapkan had siling harga ayam.



Kenaikan harga produk ayam adalah disebabkan peningkatan harga sedunia terhadap bahan utama makanan ayam - yang secara dasarnya adalah bijirin, terutamanya jagung, kacang soya dan gandum - yang terjejas oleh krisis Russia-Ukraine yang juga merupakan dua daripada negara terbesar yang mengeluarkan bijirin itu. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >