DI Singapura, tidak kira di mana juga anda berada, anda tinggal dalam sebuah kejiranan yang baik, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Memetik seorang pakar ekonomi daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang melawat Singapura, Encik Lee berkata pelawat itu, yang diberi nama Sudip, tidak dapat menemui sebarang kawasan yang boleh dianggap 'kasar' atau kawasan perumahan yang tidak selamat.