MENTERI Ehwal Luar merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, berkata kementeriannya tidak mendapati kesan ekonomi serius akibat tunjuk perasaan yang menyusuli pilihan raya di Thailand.
"Rangkaian bekalan di kebanyakan tempat tidak terjejas dan syarikat Singapura di Thailand tidak menghadapi gangguan besar kepada operasi mereka. Namun mereka melaporkan terdapat sedikit kemerosotan dalam perniagaan," katanya.