Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada lagi klasifikasi siswazah, bukan siswazah dalam khidmat awam

Jan 05, 2017 | 08:46 AM



PERKHIDMATAN awam telah berhenti membahagi-bahagikan pegawainya mengikut tahap pendidikan, dalam usaha menangani tanggapan bahawa perkembangan kerjaya seseorang anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh kelayakan kertas.



Perubahan ini bertujuan menekankan bahawa kemajuan kerjaya dalam perkhidmatan awam bergantung pada prestasi kerja pekerja dan kesediaan memikul tanggungjawab lebih besar, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD).



Mulai 1 Jan lalu, perkhidmatan awam tidak lagi menggambarkan pegawainya mengikut status divisyen mereka dalam manual pekerja, surat pekeliling dan dasar, ujarnya kepada akhbar The Straits Times.



Dahulu, terdapat empat divisyen.



Pegawai Divisyen I ialah siswazah, pegawai Divisyen II pemegang diploma dan sijil GCE peringkat A, pegawai Divisyen III berpendidikan menengah, dan mereka dalam Divisyen IV berpendidikan rendah.



Pada 2013, 56 peratus daripada 80,000 kakitangan awam adalah pegawai Divisyen I. Kira-kira satu pertiga dalam Divisyen II, sementara 7 peratus dan 5 peratus masing-masing dalam Divisyen III dan IV.



Sekarang, para pegawai dirujuk mengikut gred sedia ada mereka, yang mencerminkan skop tugas mereka dan julat gaji.



"Perubahan ini ialah pengakuan bahawa klasifikasi pentadbiran itu boleh membawa kepada tanggapan bahawa keupayaan dan potensi bagi tugas peringkat tinggi pegawai kami ditentukan atau dihadkan oleh kelayakan pendidikan mereka, yang sebenarnya tidak begitu," kata PSD.



Ia menegaskan kelayakan pendidikan boleh digunakan untuk menilai seorang pencari kerja yang tidak mempunyai pengalaman kerja. Tetapi kemajuan kerjaya seseorang pegawai akan berdasarkan prestasi kerja dan kesediaan memikul tanggungjawab lebih besar, katanya.



Selain itu, pengalaman kerja relevan akan menjadi lebih penting daripada kelayakan akademik apabila menilai calon pertengahan kerjaya, ujar PSD.



Perubahan ini menyusuli langkah perkhidmatan awam baru-baru ini berhenti membezakan antara pegawai siswazah dan bukan siswazah.



Sebagai contoh, pegawai bukan siswazah yang menyertai perkhidmatan awam bagi melaksa peranan sokongan pengurusan dilantik di bawah Skim Eksekutif Pengurusan yang sama seperti siswazah sejak Ogos 2015.



Sejak Oktober 2015, guru tanpa ijazah diletak di bawah tangga gaji sama seperti rakan mereka yang berkelulusan universiti. Pasukan Polis Singapura juga menyusun semula struktur pangkatnya Julai lalu supaya pegawai bukan siswazah boleh naik pangkat lebih cepat.



PSD berkata langkah itu "menyediakan peluang sama bagi kemajuan dan pembangunan kerja untuk kedua-duanya, pegawai siswazah dan bukan siswazah yang dinilai mempunyai prestasi dan potensi sama".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >