Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada rakyat Singapura dalam nahas MH17

Jul 19, 2014 | 12:04 AM



TIADA rakyat Singapura dilaporkan berada dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikatakan ditembak jatuh di kawasan timur Ukraine malam semalam, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) tadi.


Namun, MFA akan menghubungi syarikat-syarikat penerbangan dan pihak-pihak berkuasa lapangan tebang berkaitan dalam usaha untuk menentukan kerakyatan 12 lagi penumpang yang belum dikenal pasti.


Dalam nahas itu, tiada seorang pun daripada 298 penumpang dan anak kapal MH17 terselamat.


"Singapura terkejut dan bersimpati apabila mengetahui tentang nahas malang penerbangan MH17," kata MFA.


MFA juga menggesa "siasatan yang telus dan terperinci" diberi terhadap nahas itu dan menyarankan supaya pasukan penyiasatan diberikan keizinan untuk memasuki kawasan nahas dan mendapatkan bukti-bukti.


"Kami bersedia untuk menawarkan apa-apa bantuan yang mungkin diperlukan," kata MFA.


Sementara itu, rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular berkaitan nahas ini boleh menghubungi pejabat bertugas 24 jam MFA di nombor dan alamat e-mel berikut:


Tel: 6379 8800, 6379 8855 (24 jam)


Fax: 6476-7302


E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >