Tiada tambang tambahan jika penumpang termasuk platform salah di Stesen Stevens DTL2

PENUMPANG tidak akan dikenakan tambahan tambahan jika mereka memasuki platform yang salah di Stesen Stevens Laluan Downtown 2 (DTL2) dan perlu keluar semula, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Jurucakap LTA memberi jaminan itu pada Selasa (22 Dis), di tengah-tengah kritikan awam terhadap reka bentuk stesen itu, yang akan mempunyai gantri tambang berasingan bagi platformnya, kali pertama untuk rangkaian MRT di sini.

Penumpang mengadu tentang tambang yang perlu dibayar sekiranya mereka mengetik kad ez-link mereka di platform yang salah, dan terpaksa keluar dan masuk ke platform betul.

Sebagai respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, seorang jurucakap LTA berkata: "Penumpang yang termasuk platform salah boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Penumpang untuk mendapatkan bantuan.

"Ini akan membolehkan penumpang tukar ke platform betul tanpa bayaran tambahan. LTA juga akan mengkaji apakah dasar tambahan boleh diubah untuk menangani isu ini."

Disebabkan kebatasan ruang, terdapat dua platform di stesen Stevens - satu bagi arah ke Chinatown dan satu lagi arah ke Bukit Panjang - dengan gantri tambang masing-masing.

Setelah melewati gantri tambang di salah satu platform itu, penumpang tidak boleh pergi ke platform yang satu lagi kerana tidak ada hubungan antara kedua-duanya.

Untuk pergi ke platform yang satu lagi, penumpang terpaksa mengetik kad ez-link di gantri tambang untuk keluar platform salah itu dan kemudian mengetik kad untuk memasuki platform betul.'

Di bawah peraturan tambang berdasarkan jarak, tambang dikenakan apabila kad ez-link diketik untuk masuk dan keluar sebarang stesen - walaupun tiada perjalanan dilakukan.

Ini membuat beberapa pengguna Internet tidak puas hati.

With the transport fare revisions that will kick in this Sunday, along with the DTL2 opening, this would be 83 cents for underground stations and 78 cents for above- ground stations.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.