'Tiada tanda' Benjamin Lim mahu bunuh diri pada hari dia meninggal

TIDAK ada tanda amaran bahawa Benjamin Lim, 14 tahun, tertekan atau mahu membunuh diri dari saat dia dibawa ke pejabat pengetua hingga dia meninggalkan balai polis pada hari kematiannya, kata Peguam Negara Wong Woon Kwong dalam kenyataan penutup beliau bagi siasatan koroner pada Rabu (3 Ogos).

Beliau menambah ada "pelbagai kepalsuan berniat jahat mengenai kes ini yang secara tidak bertanggungjawab diterbitkan dan diedar oleh pihak ketiga".

Ini termasuk "kenyataan yang sengaja mengelirukan" yang menyatakan Benjamin dibawa ke balai polis oleh lima pegawai polis, dia disoal siasat lebih tiga jam, dan pegawai yang pergi ke sekolah memakai pakaian dan pas yang menunjukkan mereka pegawai polis.

Siasatan dua hari ke dalam kematian Benyamin pada 26 Jan ditutup pada Mei dengan Koroner Negara Marvin Bay menonjolkan percanggahan dalam keterangan, misalnya siapa memutuskan agar dia menarik diri daripada satu perkhemahan sekolah.

Ketika itu, didedahkan bahawa Benjamin diberitahu dia tidak akan menghadiri perkhemahan tersebut sehari selepas perbualan telefon ibunya dengan kaunselor sekolah.

Beberapa minit kemudian, dia ditemui mati di kaki bloknya di Yishun.

Pelajar Sekolah Menengah North View itu ditangkap pada awal hari itu dan disoal kerana didakwa mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia 11 tahun dalam sebuah lif.

Kaunselor sekolah, Cik Karry Lung, berkata beliau memberitahu Cik Lim mengenai saranan sekolah agar Benjamin tidak menyertai perkhemahan itu, tetapi Cik Lim mempertikai perkara tersebut dan berkata beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan sekolah agar dia tidak menyertai perkhemahan itu.

Keluarga Benjamin tidak boleh dinamakan kerana perintah larangan.

Inspektor Poh Wee Teck, pegawai yang menuramah Benjamin di sekolah, dan Cik Lung mencadangkan bahawa Benjamin, yang lebih tenang sebelum itu, menjadi cemas apabila dia bercakap dengan ibunya di telefon sebelum meninggalkan sekolah bersama pegawai polis.

Encik Wong berkata pada Selasa (2 Ogos) bahawa penafian Benyamin tentang dakwaan mencabul itu pada ibu dan kakaknya "menyediakan beberapa gambaran bahawa (dia) mungkin bimbang mengenai tanggapan orang-orang yang paling rapat dengannya".

"Tetapi tidak mungkin dengan mudah menyelidiki ke dalam jiwa (Benjamin) untuk memahami apa yang mendorong tindakannya di rumah yang membawa kepada kematiannya," kata beliau.

"Pelbagai faktor boleh mempengaruhi tingkah laku bunuh diri," ujarnya, menyusuli bukti lanjut yang diperoleh daripada seorang doktor yang menunjukkan Benjamin tidak mempunyai isu-isu mental.

Encik Wong juga berkata polis mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan tekanan tidak perlu yang Benjamin mungkin hadapi.

Sekolahnya juga mengambil "usaha aktif" untuk melihat kepentingan pelajar itu dan melibatkan ibunya, dengan tujuan mendapatkan maklum balas beliau tentang perkhemahan sekolah itu, katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.