PEMANSUHAN yuran peperiksaan nasional bagi pelajar madrasah dijangka bermula tahun ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
"Kami akan melaksanakan sejajar dengan jadual Kementerian Pendidikan (MOE). Kami berharap dapat mencapainya bagi peperiksaan nasional tahun ini," ujar Dr Yaacob.