SETIAP agama wajar menjelaskan kedudukan mereka berhubung ruang bersama, perspektif moral dan bagaimana pergerakan ruang tersebut boleh dilakukan, kata Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohammad Alami Musa, semalam.
Beliau berkata sedemikian dalam ucapan pembukaan pada hari kedua dan terakhir Ceramah Unggul dan Simposium Pengajian Program Hubungan Antara Agama Dalam Masyarakat Majmuk (SRP) di Hotel Marina Mandarin.