KAWASAN Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade menerima peratusan undian kedua terendah di kalangan GRC yang dimenangi parti pemerintah dalam pilihan raya umum tahun ini namun bakal Anggota Parlimennya, Encik Tan Chuan- Jin, berkata pasukannya mendapat penerimaan lebih baik kali ini berbanding pilihan raya umum lalu.
Bercakap kepada media ketika ditemui di Pasar Geylang Serai semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga itu berkata sokongan tersebut bukan sesuatu yang akan membuat pasukannya puas hati dan leka.