Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak boleh lagi suka-suka pindah milik flat HDB

HDB
May 04, 2016 | 08:41 AM



PEMILIK flat HDB yang ingin memindahkan pemilikan mereka kepada ahli keluarga tidak lagi dibenarkan berbuat demikian kecuali di bawah enam keadaan khas, termasuk perceraian dan kesusahan kewangan.



Sebelum ini, pemilik tidak dikenakan sembarang sekatan apabila memindahkan flat mereka kepada pasangan atau ahli keluarga terdekat.



Setelah melepaskan pemilikan mereka, penghuni flat HDB kemudian boleh membeli hartanah privet tanpa perlu membayar Setem Duti Pembeli Tambahan (ABSD).



Cukai 7 peratus harga hartanah yang dibeli itu dikenakan ke atas warga Singapura yang membeli sembarang hartanah kediaman kedua di sini.



Di bawah peraturan baru yang diperketat yang berkuat kuasa mulai 1 April, perubahan dalam pemilikan flat dibenarkan hanya atas sebab perkahwinan, perceraian, kematian seorang pemilik, kesusahan kewangan, pelepasan kewarganegaraan dan perubatan, kata seorang jurucakap HDB pada Selasa (3 Mei) sebagai respons kepada pertanyaan.



Ini termasuk mereka yang memerlukan bantuan daripada ahli keluarga dalam membayar hutang perumahan atau yang mempunyai penyakit kronik dan ingin mewariskan flat mereka.



Jurucakap itu menegaskan HDB membuat perubahan tersebut bukan untuk menyasarkan kelemahan yang membolehkan pembeli mengelak ABSD, tetapi sebagai sebahagian kajian semula dasar biasa.



Mereka yang tidak termasuk di bawah garis panduan baru itu akan dikaji berdasarkan kes demi kes.



Pemerhati hartanah berkata perbuatan memindahkan pemilikan flat untuk mengelak ABSD kini bukan rahsia lagi dan amalan biasa, laporkan akhbar The Straits Times.



Disebut sebagai 'decoupling' (nyahgandingan), ia sering melibatkan satu pasangan secara sah melepaskan status pemilik bersamanya untuk menjadi penghuni yang dibenarkan.



Ia tidak melanggar undang-undang.



Amalan itu bertambah selepas Januari 2013, apabila warga Singapura mula dikehendaki membayar ABSD bagi hartanah kedua, dan bukan hartanah ketiga, di bawah langkah yang pemerintah perkenal bagi menyejukkan pasaran hartanah.



Secara purata, kira-kira 6,000 permohonan pemindahan pemilikan diluluskan setiap tahun dari 2012 hingga tahun lalu, kebanyakannya disebabkan perkahwinan, perceraian, kematian pemilik dan kesusahan kewangan, kata HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >