TIDAK mustahil mencapai kesihatan holistik atau menyeluruh. Apa yang diperlukan ialah kerjasama bersepadu dan konsisten daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, saudara-mara, sistem persekolahan, sistem penjagaan di luar sekolah, asastizah di sekolah agama dan badan-badan pemerintah.
Demikian pandangan doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, yang juga anggota utama Geng Sihat SG (GSSG).