SEBELUM ini, keluarga Cik Rahana Worie perlu berkongsi satu sahaja naskhah Berita Harian (BH) yang dihantar setiap pagi di depan pintu flat mereka di Tampines.
Namun mereka kini tidak perlu membaca secara bergilir lagi kerana Cik Rahana, 37 tahun, telah merebut peluang melanggani pakej 'Semua-Dalam-Satu' BH, yang baru dilancarkan Selasa lalu.