PEGAWAI keselamatan sambilan, Encik Abdul Latiff Syed Ali, 68 tahun, membeli akhbar Berita Harian (BH) setiap hari dari kedai berdekatan rumahnya.
Namun, setelah mendapat tahu tentang pakej-pakej promosi melanggani BH, Encik Latiff terus merebut peluang tersebut agar tidak perlu membetis ke kedai lagi.
Datuk tiga cucu itu memutuskan untuk melanggani pakej 'Semua-Dalam-Satu' (AIO) berharga $18.99 sebulan, di pondok SPH, pasar Geylang Serai pagi tadi.
Kini, beliau antara 20 pelanggan baru Singapore Press Holdings (SPH) yang berpeluang menerima tablet Samsung GALAXY Tab 3 (8.0) WiFi, jika beliau memperkenalkan seorang pelanggan baru agar turut menikmati pakej itu.